Thursday, July 2, 2009

Susunan Keturunan Melayu

Susunan Keturunan Melayu.

Adapun keturunan orang melayu setakat yang diketahui adalah seperti berikut:
(Mengikut aturan)

  • Cilawagi - Nenek Moyang tingkat yang kelima
  • Cakawari - Datuk kepada Moyang
  • Buyut - Orang tua atau ibubapa kepada Moyang
  • Moyang - Bapa atau Ibu kepada Datuk
  • Datuk(atuk)/Nenek(uwan) - Bapa kepada Ayah atau Ibu
  • Bapa/Ibu - Ayah atau Emak
  • Anak - Anda Sendiri
  • Cucu - Keturunan peringkat kedua iaitu peringkat selepas anak
  • Cicit - Anak kepada Cucu
  • Piut/Cece(ce'ce') - Keturunan yang kelima (cucu kepada cucu)
  • Oneng-oneng - one'ng-one'ng (anak piut keturunan yang kelima)

Keturunan ini adalah diantara yang pernah diketahui (sumber-kamus dewan edisi empat).

Ramai diantara kita telah lupa akan keturunan ini dan kata nama bagi panggilannya kerana kebiasaannya semua menggunakan kata singkat kepada kata nama contohnya: 'cucu-cicit' atau 'nenek-moyang' sahaja. Adalah sangat bagus jika ketahui peringat yang teratas sehingga yang terbawah bagi memudahkan kita memanggil dengan pangkat (panggilan hormat) dimana jika mereka itu mengetahui aras kedudukannya didalam sesuatu tingkat keluarga.



Contributors

Followers