Thursday, July 2, 2009

Susunan Keturunan Melayu

Susunan Keturunan Melayu.

Adapun keturunan orang melayu setakat yang diketahui adalah seperti berikut:
(Mengikut aturan)

  • Cilawagi - Nenek Moyang tingkat yang kelima
  • Cakawari - Datuk kepada Moyang
  • Buyut - Orang tua atau ibubapa kepada Moyang
  • Moyang - Bapa atau Ibu kepada Datuk
  • Datuk(atuk)/Nenek(uwan) - Bapa kepada Ayah atau Ibu
  • Bapa/Ibu - Ayah atau Emak
  • Anak - Anda Sendiri
  • Cucu - Keturunan peringkat kedua iaitu peringkat selepas anak
  • Cicit - Anak kepada Cucu
  • Piut/Cece(ce'ce') - Keturunan yang kelima (cucu kepada cucu)
  • Oneng-oneng - one'ng-one'ng (anak piut keturunan yang kelima)

Keturunan ini adalah diantara yang pernah diketahui (sumber-kamus dewan edisi empat).

Ramai diantara kita telah lupa akan keturunan ini dan kata nama bagi panggilannya kerana kebiasaannya semua menggunakan kata singkat kepada kata nama contohnya: 'cucu-cicit' atau 'nenek-moyang' sahaja. Adalah sangat bagus jika ketahui peringat yang teratas sehingga yang terbawah bagi memudahkan kita memanggil dengan pangkat (panggilan hormat) dimana jika mereka itu mengetahui aras kedudukannya didalam sesuatu tingkat keluarga.



7 comments:

  1. Janika(Generasi) Keluarga dalam Bahasa Melayu
    Keluarga:Susunan jalur keturunan
    Cilawagi - Moyang kepada Moyang(Lelaki)
    Cilawanek - Moyang kepada Moyang(Perempuan)
    atau Ayah/Bapa/Abah/Tok Cilawagi/Tok wagi= lelaki
    Mak/Emak/Ibu/Nek Cilawagi = Nek Wagi=Perempuan
    Cakawari - Datuk kepada Moyang(Lelaki)
    Cakawanek - Nenek Kepada Moyang(Perempuan)
    atau Ayah/Bapa/Abah/Tok Cakawari/Tok Wari = lelaki
    Mak/Emak/Ibu/Nek Cakawari/ Nek Wari= Perempuan
    Anjang=Ayah Moyang(Lelaki)
    Buyut=Ayah Moyang(Perempuan)
    atau Ayah/Bapa/Abah/Tok Buyut/Tok Yut/Tokyut= lelaki
    Mak/Emak/Ibu/Nek Nenek/Opah/Nek Yut/Nekyut= Perempuan
    Nyai=Moyang Lelaki
    Nyang=Moyang Perempuan
    atau Ayah/Bapa/Abah/Tok Moyang/Tok Nyang= lelaki
    Mak/Emak/Ibu/Nek Moyang/Opah/Nek nyang= Perempuan
    Atuk/Tuk/Tok-Nenek/Opah
    Ayah/Abah/Bapak/Bapa-Mak/Emak/Ibu
    Anak/Putera-Puteri
    Cucu
    Cicit
    Piut (Piut-Miut,gandaan seperti anak-pinak, Kuih-Muih, Warna-Warni, Fakta-Auta, Suka-duka)
    Oneng
    Piat
    Cicut
    (anak-cucu-cicit->piut->oneng->piat->cicut 7 Keturunan)
    atau

    Anak->Cucu->Cicit->Piut->Piat->Cicut->Miat->Miut->Oneng
    Kata Root atau terkait "Genus", Genentic, Generation = Leluhur/Keturunan

    Dari Latin Generare, English = Generate, diterjemahkan "Jana", Menjana, Menghasilkan, Generation boleh di cipta menjadi "Janis" dari kata Jana+Jenis, seperti mana "Jantina" dari kata Jantan+Bentina=Gender
    Isitilah sudah resmi = Gender= Jantina
    Genus = Jeluarga/Jerga (Jenis+Keluarga)
    Genetic = Jenka (Jenis+Baka) atau Janka(Janis+Baka)
    Generation = Janika(Jana+Baka, dari Kata "Generate" = Jana/Menjana) atau Janis/Janisan (dari kata Jana+Jenis)


    Istilah maksud.
    CUCU
    1.keturunan peringkat kedua (iaitu seperingkat selepas anak), anak kpd anak seseorang;
    2. ~ Adam manusia;
    3. ~-cicit = anak ~ keturunan;bercucu mempunyai cucu;
    4. ~-cicit mempunyai cucu dan cicit (mempunyai keturunan);
    5. beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan).

    CICIT
    1. anak kpd cucu, cici

    PIUT
    1. keturunan yg kelima (cucu kpd cucu).
    2. ~ -miut keturunan yg sudah jauh;
    3.piat ~ - anak cucu yg sudah jauh.

    ONENG(onéng),
    oneng-oneng anak piut (keturunan yg kelima)

    ReplyDelete
  2. Martabatkan Bahasa Melayu.

    Kata atau Istilah baru yang boleh dijadikan kata baru dalam Bahasa Melayu, dan "Dipiawaikan" menjadi istilah kata rasmi. tanpa perlu mengunakan bahasa inggeris, menjadikan bahasa Melayu sekuat dan setanding Bahasa Thai, Jepun, bahasa-bahasa Cina contohnya Mandrin, Korea. yang mana contoh Bahasa Asia Timur ini termasuk kita juga Bangsa Asia timur yang selatan(Tenggara), perlulah mencontohi Bahasa2 Asia lain yang sangat kurang atau hampir tidak ada bahasa pinjam dari B.Eropah Inggeris, Belanda, Portugis, Sepanyol, Perancis, Jerman, Russia dan lain2. mahukan kita menjadi seperti Filipina? bahasanya hampir seperti Pidgin atau bahasa sudah campur dengan terlalu banyak bahasa istilah pinjam. ya benar bahasa juga byk pengaruh, dan pinjam yang diubahsuai, contoh bahasa ingerris hanya lebih kurang 30%(kalau tidak salah), hanya asal root Inggeris/Germanic, selebihnya lain adalah rumpun Romance seperti Banyak dari Perancis/French, diikuti Latin, Greek, Ibrani, Arab, Sepanyol. dan lain2 seperti dari Bahasa Hindustan(Hindi-Urdu), Melayu(contoh Padi, Bambu, Rotan, Orangutan, Amuk, Kampung/Compound dan lain2).
    Risa = Billion
    Tija = Trillion
    Tesa = Quadrillion
    Tegal = Normal
    Sentera= Motor
    Sepada = Basikal(DariBahasa Indonesia)
    Rawah = Gas atau H diganti R, Hawah/Hawa(Dari Kata Jawa, Sunda atau Melayu lama yg bermaksud "Angin" Udara, Hawa diganti Rawah, dgn ditambah H dibelakang untuk mengelak kekeliruan kata "Rawa" yg bermkasud suku Rawa, dan Rawa(Marsh) sama erti "Paya(Swamp)".
    jadi kita ada kata Minyak dan Rawah=Oil and Gas.
    Clip=Kenpil/Kenpi
    Ticket = Kerti (dari kata Kertas bukti, Indonesia-Belanda=Kercis)
    Cabin = Kesika
    Bimbit = Phone, Mobilephone, Mobile
    Bimbit Tangan = Handphone
    Bimbit Pintar = Smartphone
    Swatabir=Autonomous/Automony
    Swaran = Automatik
    Swagambar = Selfie (Swa+foto, sedangka Foto dari b.Inggeris-Eropah)
    apa pendapat saudara? adakah saya terlalu "beria2" , atau idea saya utuk tambah dan perkayakan bahasa Melayu itu tak perlu, cukuplah hanya pinjam, seperti Bahasa Filipina, Turki misalnya. Saya minta pendapat Saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk sgt gune bahasa indon idea awk ni, bahase indon pun byk pinjam bahasa belanda, arab, kalau nk reka perkataan baru reka je sendiri tak payah amik bahasa indon kcuali perkataan indon yang memang berasal dari bahasa melayu

      Delete
  3. Saya tiada halangan, tetapi rujuk DBP.

    ReplyDelete
  4. udeg-udeg>canggah>buyut>onyang>mak/bapak>anak>cucu>cicit>buyut>udeg-udeg

    ni ingatan onyang aku yang berusia 86 gitulah ^.^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Wtb
    Satu ilmu Dan ilmiah Islam melayu..
    Sama dengan ilmu ilmiah dalam keturunan agama Islam itu sendiri.. Amat bermafaat untuk sendiri Dan semua keluarga..

    ReplyDelete
  6. Nk tanya lau ada cicit dia nk panggil kita apa

    ReplyDelete

Contributors

Followers