Sunday, October 25, 2009

Salasilah Moyang Hj. Abu Kari (Arwah)













Selamat datang ke Laman Moyang Kari

Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Sdra/Sdri
Saudara mara yang dikasihi sekelian.

Nama saya Munzir Abdullah Sani dan saya ialah Webmaster laman ini.

Laman ini dibina menggunakan blogspot.com. Ianya bertujuan bagi mengenal ahli-ahli keluarga terdahulu dan terkini bagi merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan, selain dari mengetahui asal keturunan mereka.

Peringkat teratas dalam salasilah ini adalah berteraskan dari SUKU TIGA BATU iaitu salah satu suku minang, dimana susur galur dalam carta ini bersukukan "SUKU TIGA BATU ".

Laman ini juga berkisar kepada keturunan MOYANG KARI (Arwah) dimana masih ramai sanak saudara yang mempunyai kenangan semasa hidupnya beliau. Ada diantara sanak-saudara yang tidak tahu cara memanggil diantara mereka dan dengan cara ini, mereka akan tahu bagaimana, diaras mana mereka sebenarnya dan dengan itu tahulah mereka bagi memanggil peringkat yang teratas dari mereka.

Berkemungkinan besar terdapat seseorang yang mempunyai pertalian kepada sesiapa sahaja yang tercatat didalam ruangan ini, jika ianya tidak tertulis ataupun hilang dari dalam carta ini bolehlah berhubung dengan nine_w2ze@yahoo.com.sg bagi mengemaskinikannya. Selain itu juga sesiapa sahaja boleh menjadi AHLI dalam laman ini dan akan diberikan laluan bagi mengemaskinikan bahagian mereka.

Jika anda ada sebarang komen atau maklum balas mengenai laman ini, sila klik di sini untuk menghubungi saya. Jika terdapat sebarang kesilapan nama ataupun data-data yang perlu dibuat penambahan silalah menghubungi saya untuk tujuan tersebut.


Laman salasilah MOYANG-KARI ini telah melalui kemas kini terakhir pada 25 Oktober 2009, dan ia kini mempunyai beberapa ahli berdaftar dan beberapa pengikut salasilah ini.

Nikmatilah!

1 comment:

  1. Bagus buat blog ini.

    Dari masa ke masa tambah saja apa yang ada bekaitan.

    ReplyDelete

Contributors

Followers